Friday, January 22, 2010

Prolog

Selepas terbentuknya bumi ini, aliran, pusingan serta kitaran kehidupan mula terbentuk . Kitaran hidup bagi objek-objek bumi yang bernyawa hinggalah objek-objek yang tidak bernyawa. Jika asal objek tidak bernyawa dengan mengambil contoh batu, aliran masa menjadikan batu ini pecah menjadi tanah dan aliran masa ini pula mengembalikan bentuk batu intu semula setelah pecah tetapi mungkin menjadi batu jenis baru, itu bagi objek yang bernyawa.

Bagi objek-objek yang bernyawa pula sifat mereka dalah lebih kompleks dan yang paling luar biasa adalah manusia. Dikatakan pada asalnya sifat manusia adalah ringkas seperti hidupan-hidupan lain di bumi iaitu hidup, berhabitat, membiak dan bergantung dengan keadaan sekeliling seperti kehidupan lain. Walau bagaimanapun manusia dikurniakan sesuatu yang menjadikan mereka berbeza dari hidupan-hidupan lain. Manusia berevolusi sedikit pantas daripada hidupan lain; bukan evolusi dari segi fizikal tetapi evolusi dari perkembangan akal dengan kecerdasan otak manusia tidak seperti hidupan lain. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang masih manusia tidak fahami kerana hakikatnya bumi berhubung dengan duani luar yang manusia panggil "alam suno" di mana tempat tinggal entiti yang memasuki bumi secara misteri.

Manusia, daripada manusia yang bergantung kepada keadaan sekeliling kini adalah makhluk yang cuba mengawal keadaan sekeliling. Sedikit demi sedikit dominasi manusia di bumi bertambah maka manusia mula mewujudkan petempatan mereka sendiri. Sesetangah petempatan kekal untuk beberapa generasi seterusnya dan sesetangahnya tidak dan petempatan yang kekal lama pula akhirnya berkembang dan mewujudkan tamadun manusia yang kompleks dari segi sosionya. Konsep tamadun ini berlainan bagi petempatan manusia yang berlalinan dan ada juga yang tidak mengambil perkataan tamadun sebagai ukuran tahap perkembangan manusia. Bagi setiap rencah tamadun pula rencah pecahan nilai tamadun in i berlainan kerana ada yang mengutamakan pendidikan dan falsafah, ada mementingkan hierarki dan organisasi ketenteraan misalnya, ada tamadun yang memfokuskan kepada perdagangan dan perkembangan ekonomi malah ada yang mengagung-agungkan sins seni bina. Walau bagaimanapun terdapat manusia yang amalannya tidak termasuk di dalam proses tamadun manusia tetapi menjalankan aktiviti seperti manusia primitif dan mereka berada dalam kelompok yang sedikit dan kurang diketahui manusia lain.

Walau apa jua tamadun bagi satu-satu bangsa manusia itu ia itdak menggambarkan sifat manusia itu jika dikira secara individu kerana setiap individu mempunyai keinginan, ambisi sendiri dan pakah persaman di antara manusia ini?Tamak. Tamak dalah sifat yang wujud kerana nafsu tidak puasa manusia dan ada manusia yang menzhirkan sifat ini dan ada yang menyembunyikannya dan ada juga yang tersembunyi. Sifat seperti inilah menyebabkan kejatuhan sesetengah manusia. Ini adalah kisah pengembaraan, penaklukan, penemuan, kejatuhan, ketamakan dan dongeng bagi ceritera ini.

No comments:

Post a Comment