Sunday, January 24, 2010

Perspektif

Sebelum saya memanjangkan cerita ni dengan lebih teliti, saya terlebih dahulu telah melukis draf peta dan beberapa dearah dan empayar yang ada di dalam kisah ini juga watak utama dalam cerita ini. Saya akan memanjangkan cerita ini dengan terlebih dahulu membuat watak utama yang menjadi kunci kepada perubahan cerita ini. Watak utama cerita ini adalah Argos Gurthang dan pengembaraan beliau ke beberapa tempat dan benua seberang adalah penggerak cerita ini. Oleh itu, sebelum menulis cerita ini dengan panjang, saya terlebih dahulu mengembangkan watak utama ni dan menceritakan terlebih dahulu kejadian sekeliling beliau yang mana boleh dikaitkan dengan kisah-kisah sama ada semasa hidup Argos ini atau zaman sebelum beliau mahupun zaman selepas beliau.

Friday, January 22, 2010

Prolog

Selepas terbentuknya bumi ini, aliran, pusingan serta kitaran kehidupan mula terbentuk . Kitaran hidup bagi objek-objek bumi yang bernyawa hinggalah objek-objek yang tidak bernyawa. Jika asal objek tidak bernyawa dengan mengambil contoh batu, aliran masa menjadikan batu ini pecah menjadi tanah dan aliran masa ini pula mengembalikan bentuk batu intu semula setelah pecah tetapi mungkin menjadi batu jenis baru, itu bagi objek yang bernyawa.

Bagi objek-objek yang bernyawa pula sifat mereka dalah lebih kompleks dan yang paling luar biasa adalah manusia. Dikatakan pada asalnya sifat manusia adalah ringkas seperti hidupan-hidupan lain di bumi iaitu hidup, berhabitat, membiak dan bergantung dengan keadaan sekeliling seperti kehidupan lain. Walau bagaimanapun manusia dikurniakan sesuatu yang menjadikan mereka berbeza dari hidupan-hidupan lain. Manusia berevolusi sedikit pantas daripada hidupan lain; bukan evolusi dari segi fizikal tetapi evolusi dari perkembangan akal dengan kecerdasan otak manusia tidak seperti hidupan lain. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang masih manusia tidak fahami kerana hakikatnya bumi berhubung dengan duani luar yang manusia panggil "alam suno" di mana tempat tinggal entiti yang memasuki bumi secara misteri.

Manusia, daripada manusia yang bergantung kepada keadaan sekeliling kini adalah makhluk yang cuba mengawal keadaan sekeliling. Sedikit demi sedikit dominasi manusia di bumi bertambah maka manusia mula mewujudkan petempatan mereka sendiri. Sesetangah petempatan kekal untuk beberapa generasi seterusnya dan sesetangahnya tidak dan petempatan yang kekal lama pula akhirnya berkembang dan mewujudkan tamadun manusia yang kompleks dari segi sosionya. Konsep tamadun ini berlainan bagi petempatan manusia yang berlalinan dan ada juga yang tidak mengambil perkataan tamadun sebagai ukuran tahap perkembangan manusia. Bagi setiap rencah tamadun pula rencah pecahan nilai tamadun in i berlainan kerana ada yang mengutamakan pendidikan dan falsafah, ada mementingkan hierarki dan organisasi ketenteraan misalnya, ada tamadun yang memfokuskan kepada perdagangan dan perkembangan ekonomi malah ada yang mengagung-agungkan sins seni bina. Walau bagaimanapun terdapat manusia yang amalannya tidak termasuk di dalam proses tamadun manusia tetapi menjalankan aktiviti seperti manusia primitif dan mereka berada dalam kelompok yang sedikit dan kurang diketahui manusia lain.

Walau apa jua tamadun bagi satu-satu bangsa manusia itu ia itdak menggambarkan sifat manusia itu jika dikira secara individu kerana setiap individu mempunyai keinginan, ambisi sendiri dan pakah persaman di antara manusia ini?Tamak. Tamak dalah sifat yang wujud kerana nafsu tidak puasa manusia dan ada manusia yang menzhirkan sifat ini dan ada yang menyembunyikannya dan ada juga yang tersembunyi. Sifat seperti inilah menyebabkan kejatuhan sesetengah manusia. Ini adalah kisah pengembaraan, penaklukan, penemuan, kejatuhan, ketamakan dan dongeng bagi ceritera ini.

Monday, January 18, 2010

Catatan

Baru-baru ini(semasa ini ditulis) saya amat berminat mengetahui kisah sejarah lama di zaman semasa Socrates dan Aristotle hidup, zaman kebangkitan Alexander, zaman di mana tamadun sezaman dengan tamadun Mesir purba. Selain itu saya juga cuba mencari sumber mengetahui mitos-mitos Greek lama di mana mereka mempunyai dongeng sendiri. Kisah-kisah pengembaraan Marco Polo, Ferdinand Magellan, juga menarik perhatian saya mendorong aku menulis cerita yang berunsurkan pengembaraan dan dongeng-dongeng yang tidak pernah didengari dapat dijelaskan melaui pengembaraan cerita aku ini. Semua ini mendorong saya menulis sebuah kisah sendiri dengan pengaruh daripada sumber-sumber tadi menjadi satu bentuk idea kepala otak saya sendiri.

Walau bagaimanapun, mungkin kisah yang kuat pengaruh di dalam cerita ini ialah hasil karya J.R.R. Tolkien dan juga karya fantasi tipikal lain yang mungkin diterjemahkan di dalam bentuk seperti permainan video game.

Kisah pengembaraan Marco Polo ke tempat yang sangat asing dari segi kehidupan dan budayanya juga menarik minat aku dan yang menariknya hasil tulisan beliau itu menjadi kontreversi kerana menganggap apa yang dia perkatakan hanyalah mitos selain dari dia menyampaikan kembali apa yang dia hanya dengar dan bukannya lihat sendiri.

Tolkien pula aku kagum dengan karya beliau yang sarat dengan cerita yang secara mendalam diperjelaskan dengan cara yang mungkin agak tidak tersusun tetapi penuh dengan watak yang memberi kesan kepada aku, imiginasi beliau bagaimana beliau membuat origin kembali kepada karya asal beliau The Hobbit.

Mungkin juga anda mengatakan saya meniru karya beliau dan mencampur-adukkan dengan lagenda kisah lain-lain tetapi ini hanyalah minat aku dan saya mengingatkan sekali lagi bahawa saya bukanlah penulis yang baik. Lagipun anda akan mendapati bahawa segala draf ini tidak akan saya susun selagi cerita ini belum kukuh dan timeline juga tidak akan mengikut urutan iaitu saya akn menulis bermula dengan apa yang dirasakan penting dan menambah maklumat kemudian masa lain.